Tuesday, May 28, 2013

Isu Semasa Masjid

Masjid merupakan sebuah pusat ibadat yang sangat mulia dan disanjung tinggi dan tempat dimana doa mudah dimakbulkan serta tempat untuk mencari ketenangan di dalam hati. Masjid merupakan  tempat perjumpaan masyarakat yang berbilang bangsa yang satu akidah Islam untuk mendapat rahmat dan pahala berlipat kali ganda. Melalui institusi masjid, masjid banyak dijinakkan di Malaysia untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk solat berjemaah di masjid. Kesenian dan keindahan masjid menjadi salah satu daya tarikan untuk menarik Jemaah memenuhi ruang masjid. Selain bersolat Jemaah di masjid yang menjadi satu tujuan utama ke masjid, perbincangan ilmiah juga boleh diadakan di sini seperti usrah, kelas al-quran, kelas motivasi dan lain-lain. Di sini, ingin saya brkongsi dengan pembaca semua mengenai isu yang sentiasa terjadi di masjid.


Tempat ibadat muslim perlu dijaga daripada tercemar daripada anasir-anasir negatif. Kemulian tempat ibadat muslim tidak sama dengan tempat ibadat bukan muslim. Bersyukur di lahirkan di bumi Malaysia yang mana institusi masjid sangat mengambil berat soal keselamatan serta pengawalan masjid-masjid di Malaysia. Contohnya, di masjid Putrajaya, disediakan baju labuh untuk orang bukan Islam yang ingin melawati atau memasuki ruang masjid. Mereka bukan sahaja disediakan baju labuh tetapi juga hanya dibenarkan melawati ruang-ruang tertentu. Contohnya, mereka tidak dibenarkan memasuki ruang solat Muslim dengan tujuan untuk menjaga kesucian dan kehormatan tempat ibadat orang Islam. Islam sangat menjaga kehormatan dan juga kesucian.

Islam bukan sahaja mementingkan dari sudut menutup aurat tetapi juga dari sudut penjagaan akhlak dan moral di kawasan awam. Masjid juga tergolong dalam kawasan awam kerana ianya boleh dikunjungi oleh semua orang tidak terkecuali mana-mana pihak. Teringat saya pada sebuah masjid yang pernah dikunjungi baru-baru ini,  terdetik rasa kecewa apabila ternampak contengan lukisan dan kata-kata yang kesat di sebuah masjid sedangkan itu tempat ibadat. Rasa segan untuk dikongsikan kata-kata tersebut di entri ini. Tidak sepatutnya perkara ini dibiarkan begitu sahaja. Kemungkinan  perkara ini dilakukan oleh golongan remaja yang tidak bermoral. Selagi kita mampu untuk menjaga rumah ibadat kita, maka kita perlu menjaganya dengan bersungguh-sungguh. Penjagaan ini bukan hanya terletak mutlak di atas bahu pihak institusi masjid tetapi setiap orang yang bergelar muslim.

Sering terjadi di dalam atau di persekitaran masjid tentang kecurian beg tangan, selipar malah pernah terjadi isu kehilangan motosikal. Perkara ini selalu terjadi sehingga ramai Jemaah masjid menjadu bimbang untuk ke masjid padaahl masjid itu merupaka tempat perlindungan dari segla bahaya. Pernah juga terjadi di sebauah masjid di sekitar Petaling Jaya mengenai isu kehilangan tabung duit derma. Perkara-perkara ini seringkali membawa saya berfikir sejenak. Dimanakanh sifat kemanusiaan sesorang itu. Tempat semulia itu juga dijadikan tempat untuk perkara-perkara yang diharamkan. Astaghfirullah al-azim.

Martabat yang paling tinggi dalam kebanyakkan agama ialah Islam. Maruah kita sebagai orang Islam perlu dijaga kerana orang bukan Islam selalu melihat kelemahan yang ada pada kita agar mudah mereka untuk menjatuhkan Islam. Selain itu, penonjolan akhlak yang terbaik, memberi satu tarikan untuk orang bukan Islam untuk memeluk islam.

0 comments :

Post a Comment